BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

24 July 2010

KEPUTUSAN RASMI PILIHANRAYA BKAPJ 2010

YANG DI-PERTUA BKAPJ 2010/2011

ABDUL HANAN BIN ABDUL RAHMAN

AMT BKAPJ 2010/2011 (SISWA)
  1. MUHAMMAD AFIFI SYAZWAN BIN JOHARI
  2. ABDULLAH AZZAM BIN ABDUL RASHID
  3. HASYIM BIN AHMAD

AMT BKAPJ 2010/2011 (SISWI)
  1. NOR SAKINAH BT ZAMIN
  2. SITI WARDAH BT AHMAD LUTPI

05 April 2010

BADAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK PERAK JORDAN - UPDATE 05 APRIL 2010

SOFTWARE




MAKKAH DAN MADINAH 3D
CLICK SINI


28 December 2009

BADAN KEBAJIKAN ANAK PERAK JORDAN (BKAPJ) - UPDATE 28 DISEMBER 2009


10 wasiat Hasan al-Banna


1. Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu Dikala mendengar azan Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan Di situ ada sumber pertolongan Di situ ada sumber taufiq Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ... dimulakan dengan menyebut solat di awalnya Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun disaat genting dan cemas.

2. Wahai kawanku, Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu Sumber hidayah kepada anda dan saya Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman Di sini ada kedamaian Di sini ada kesalaman. Jadilah hamba yang sejahtera.

3. Wahai kawanku, Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan Sebenarnya anda telah lama bermula Iaitu sejak anda solat setiap hari Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat kita... Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi??. Bukalah ruang walaupun seminit !!.

4. Wahai kawanku, usahlah bertarung idea tanpa adabnya. Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan. Awasilah pertengkaran kerana di sana ada unsur lain membisikkan iaitu syaitan.

5. Wahai kawanku, Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!! Rasulullah s. a. w adalah yang paling banyak senyum Beliau ketawa kena pada tempatnya Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan ! Plato juga berharap agar pementasan hiburan... Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh Hanyalah disaksikan oleh golongan abdi Dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat Supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan. supaya tidak menular. Keburukan dalam diri!!!

6. Wahai kawanku, Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan Tanpa serius, hilanglah kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan Kata seorang penyair : Berikan kerehatan pada jiwamu Yang sibuk dengan berfikir Ubati dengan bergurau Tapi, Kalau mengubatinya dengan bergurau Mestilah dalam batas Seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.

7. Wahai kawanku, Kawallah nada suaramu Setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula!!! Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita... Jangan keraskan suramu dalam solat Tapi jangan pula merendahkannya Carilah jalan tengah di antara keduanya.

8. Wahai kawanku, Usahlah umpat mengumpat Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain Bercakaplah jika ada unsur kebajikan Ayuh!!! Hindarilah... mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!! Boleh mengumpat... apabila ada tujuan syarie.

 untuk menuntut keadilan apabila dizalimi.
 untuk menghapuskan kemungkaran.
 kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan.
 kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan..

9. Wahai kawanku, Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan...! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!! Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci Tidak mengenali tapi tak sepi.

10. Wahai kawanku, Maksimumkanlah faedah waktu anda dan Tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana... Sabda Nabi s. a. w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal..." (Diulang 7 kali..) Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!! Usahlah berbicara meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya..


12 December 2009

BADAN KEBAJIKAN ANAK PERAK JORDAN (BKAPJ) - UPDATE 12 DISEMBER 2009

-IKLAN-

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA WARGA BKAPJ SEKALIAN!!!

PEMBERITAHUAN KEPADA SELURUH WARGA BKAPJ BAHAWA PERMOHONAN DERMASISWA YAYASAN PERAK KINI TELAH DI BUKA.

ANDA BOLEH DAPATKAN BORANG DERMASISWA DI SINI.

APA YANG ANDA PERLU SERTAKAN BERSAMA BORANG DERMASISWA INI ADALAH:

1) 1 SALINAN KAD PENGENALAN ANDA SERTA SURAT BERANAK
2) 1 SALINAN KAD PENGENALAN IBU ANDA SERTA SURAT BERANAK
3) 1 SALINAN KAD PENGENALAN AYAH ANDA SERTA SURAT BERANAK
4) 1 SALINAN PENYATA PENDAPATAN AYAH ANDA
5) 1 SALINAN PENYATA PENDAPATAN IBU ANDA
6) 1 SALINAN PENGESAHAN ANDA BELAJAR DI UNIVERSITI DI JORDAN (ISBAT THOLIB)
7) 1 SALINAN SURAT TAWARAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, ANDA BOLEHLAH MENGHUBUNGI YANG DI PERTUA BKAPJ SENDIRI DI TALIAN YANG TERTERA DI BAWAH INI.

MUHAMMAD ADI AMZAR BIN MOHD NAWAWI
0776561825


SEKIAN!